AccessibilityChange to default colorChange to green colorChange to blue color
  Others
Last Update: 26-04-2017 [cached @12:32]
  Piagam Pelanggan dan Pencapaian Dalam Berita

PELAKSANAAN PERATURAN LEGALITI IMPORT DI BAWAH TIMBER LEGALITY ASSURANCE SYSTEM (TLAS)

E-mail Cetak
Adalah dimaklumkan bahawa tempoh grace period pelaksanaan peraturan legaliti import di bawah Timber Legality Assurance System (TLAS) telah dilanjutkan kepada 2 Januari 2017. Penguatkuasaan sepenuhnya peraturan ini akan bermula pada 3 Januari 2017. Permohonan lesen import bagi balak bulat, baulks dan papan lapis dari MTIB hendaklah disertakan dokumen legaliti daripada negara pengeluar. 

Dokumen yang diterimapakai sebagai pengesahan legaliti (pembuktian) adalah salah satu daripada berikut:  
(1) Permit CITES dari negara anggota Convention of International Trade in 
        Endangered Species of Wild Flora and Fauna – wajib dikemukakan bagi spesies kayu terjadual 
        di bawah CITES; atau
(2) Lesen FLEGT di bawah perjanjian Forest Law Enforcement, Governance and Trade; atau
(3) Pensijilan kayu seperti FSC, PEFC, MTCS dan pensijilan lain yang diiktiraf; atau
(4) Certification of Voluntary Legality Scheme; atau
(5) Dokumen  legaliti yang dikeluarkan oleh mana-mana Agensi Perbadanan / Persatuan berkaitan yang diiktiraf di 
        negara pengeluar; atau
(6) Borang ikrar Kastam dari negara pengeluar – hanya dalam tempoh grace period sahaja.

Semua syarikat pengimport balak bulat, baulks dan papan lapis dikehendaki mengambil perhatian ke atas pelaksanaan peraturan ini. Manakala syarikat pengimport produk-produk kayu lain adalah dinasihatkan mendapatkan dokumen legaliti dari negara pengeluar, terutama bagi produk kayu yang akan diproses dan dieksport semula ke negara-negara Kesatuan Eropah. 

Klik DISINI untuk memuat turun Surat Pekeliling Ketua Pengarah MTIB bertarikh 30 Mei 2016, dan klik DISINI untuk Surat Pekeliling Ketua Pengarah MTIB bertarikh 21 Disember 2015. 

Undian

Adakah anda bersetuju bahan buangan (tunggul pokok getah) boleh menghasilkan produk inovasi?



Keputusan

Statistik Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini8232
mod_vvisit_counterSemalam17741
mod_vvisit_counterMinggu ini83658
mod_vvisit_counterMinggu lepas124577
mod_vvisit_counterBulan ini446098
mod_vvisit_counterBulan lepas430837
mod_vvisit_counterKeseluruhan23834637