AccessibilityChange to default colorChange to green colorChange to blue color
  Others
Last Update: 22-03-2017 [cached @15:09]
  Piagam Pelanggan dan Pencapaian Dalam Berita

Program Pinjaman Sokongan Bahan Mentah Kepada Usahawan Kayu Bumiputera

E-mail Cetak

Program Pinjaman Sokongan Bahan Mentah Kepada Usahawan Kayu Bumiputera

 

1.Pengenalan

Melalui Program Sokongan Bahan Mentah Kepada Usahawan Kayu Bumiputera, MTIB menawarkan satu skim pinjaman tanpa faedah kepada usahawan perkayuan Bumiputera bagi perolehan bahan mentah kayu untuk pemprosesan produk siap bagi kontrak kerja yang telah dimuktamadkan.

 

2.Maklumat  Program

 

i. Nilai minima pinjaman ialah RM20,000.00 bagi setiap permohonan;

ii. Nilai maksima pinjaman ialah RM500,000.00 bagi setiap permohonan;

iii.Pembiayaan penuh nilai pinjaman akan diberikan mengikut nilai kos bahan mentah yang diluluskan bagi setiap permohonan tertakluk kepada had nilai minima dam maksimum pinjaman;

iv.Caj perkhidmatan dikenakan sebanyak 1.5% daripada nilai pinjaman dan hendaklah dibayar dalam tempoh 7 hari setelah perjanjian pinjaman ditandatangani (bukan daripada nilai pinjaman yang diluluskan);

v.Kelulusan adalah tertakluk kepada peruntukan yang masih ada semasa permohonan dikemukakan;

vi.Pengeluaran pinjaman akan dibayar kepada pembekal bahan mentah setelah MTIB melakukan pengesahan bekalan bahan mentah di premis/kilang pengusaha;

vii.MTIB menggalakkan bekalan bahan mentah kayu bagi pinjaman ini diperolehi daripada panel pembekal seperti di LAMPIRAN 1. Ini bagi memastikan jaminan kualiti dan tersedianya bahan mentah tersebut. Ianya juga dapat meningkatkan jalinan perniagaan secara berterusan antara pengusaha dan pembekal bahan mentah Bumiputera; dan

viii.MTIB berhak meminda mana-mana peruntukan dalam garis panduan ini mengikut keperluan dari masa ke semasa.

 

3.Kelayakan Pemohon

i.Syarikat Bumiputera, keutamaan kepada syarikat milik penuh Bumiputera(100% ekuiti Bumiputera);

ii.Menjalankan aktiviti pengilangan/pembuatan produk berasaskan kayu;

iii.Memperolehi kontrak kerja/bekalan yang telah dimuktamadkan dan masih berkuatkuasa;

iv.Sebuah syarikat yang tidak digulungkan dan ahli-ahli Lembaga Pengarahnya bukanlah seorang yang bankrap;

v.Telah menjalani auditan SCORE (SME Competitiveness rating For Enhancement)  dan M-CORE (untuk kategori Mikro) oleh MTIB atau SME Corp Malaysia; dan

vi.Mempunyai rekod bayaran yang baik dengan MTIB (tiada hutang tertunggak melebihi tempoh 3 bulan) dan Lembaga Pengarah syarikat bukan penghutang kepada MTIB

viii.Jawatankuasa Pemandu boleh mempertimbangkan permohonan bagi kes rayuan yang dikemukakan oleh pemohon yang mempunyai hutang tertunggak melebihi tempoh 3 bulan berturut-turut selepas penjelasan yang munasabah diberikan dan adalah tertakluk kepada budi bicara Jawatankuasa Pemandu

 

4.Syarat Permohonan

Sila klik LAMPIRAN 2 untuk syarat-syarat dan dokumen sokongan yang perlu disediakan bagi permohonan.

 

5.Cara Permohonan

Permohonan dibuat melalui borang yang boleh dimuat turun DI SINI atau diperolehi dari ibu pejabat MTIB atau di pejabat-pejabat MTIB Wilayah / Negeri.

Undian

Adakah anda bersetuju bahan buangan (tunggul pokok getah) boleh menghasilkan produk inovasi?



Keputusan

Statistik Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini4176
mod_vvisit_counterSemalam12568
mod_vvisit_counterMinggu ini93304
mod_vvisit_counterMinggu lepas96066
mod_vvisit_counterBulan ini343898
mod_vvisit_counterBulan lepas421027
mod_vvisit_counterKeseluruhan23301600