AccessibilityChange to default colorChange to green colorChange to blue color
  Others
Dikemaskini: 08-12-2017
  Piagam Pelanggan dan Pencapaian Dalam Berita

Pemberitahuan Pewartaan Dan Kuatkuasa

E-mail Cetak
i)  PERINTAH DUTI KASTAM 2012
ii) PERINTAH KASTAM (LARANGAN MENGENAI IMPORT DAN EKSPORT) 2012

1). Dimaklumkan bahawa Perintah Duti Kastam 2012 telah diwartakan pada 30 Ogos 2012 dan dikuatkuasakan bermula 31 Oktober 2012. Dengan pewartaan dan kuatkuasanya Perintah Duti Kastam 2012 ini, senarai produk kayu dan keluaran kayu yang menggunakan kod-kod HS2007 telah dikolerasikan kepada kod-kod HS2012.

2). Dimaklumkan bahawa Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import dan Eksport) 2012 telah diwartakan pada 31 Disember 2012 dan dikuatkuasakan bermula 1 Mac 2013. 

Nota : Untuk mendapatkan bahan cetakan Perintah ini, sila rujuk dan muat-turun (download) dari laman web Jabatan Kastam Diraja Malaysia di alamat www.customs.gov.my

3). Dengan pewartaan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import dan Eksport) 2012, sebanyak dua puluh enam(26) produk kayu dan keluaran kayu telah disenaraikan dalam Jadual Kedua Perintah tersebut yang mana produk-produk berkenaan hanya boleh dieksport dengan memperolehi lesen eksport yang dikeluarkan oleh MTIB. Manakala Jadual Ketiga (Bahagian 1) Perintah tersebut telah menyenaraikan sebanyak tiga (3) produk kayu dan keluaran kayu yang hanya boleh diimport dengan memperolehi lesen import yang dikeluarkan oleh MTIB. 

4). Melalui pewartaan seperti (2) di atas, sebanyak tiga belas(13) produk kayu dan keluaran kayu telah ditambah kepada senarai produk yang sedia ada yang memerlukan lesen eksport dan  satu (1) produk kayu telah ditambah dalam senarai produk kayu dan keluaran kayu yang memerlukan lesen import. Senarai produk kayu dan keluaran kayu yang memerlukan lesen eksport dan lesen import dari MTIB adalah seperti dilampiran.

5). Dengan perkembangan ini, MTIB ingin memaklumkan bahawa syarikat-syarikat yang beroperasi di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan hendaklah mendapatkan  lesen eksport dan import daripada MTIB. Ingin dimaklumkan juga bahawa syarikat-syarikat yang menjalankan aktiviti pengeksportan dan pengimportan perlu berdaftar dengan MTIB selaras dengan peruntukan Seksyen 13 (1), Akta 105 Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia yang menyatakan bahawa :
”Tiada seorang pun boleh menjalankan apa-apa aktiviti sebagai  pengeksport, pengimport, pembekal, pemeringkat, pemproses, pedagang, pengendali atau pengendali jeti melainkan jika dia telah didaftarkan mengikut Akta  ini”.

6). Selaras dengan keperluan Akta ini, syarikat-syarikat yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti tersebut di atas diminta berdaftar dengan MTIB secepat mungkin bagi memudahkan dan membolehkan aktiviti tersebut berjalan dengan lancar dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Untuk membuat pendaftaran dengan MTIB, syarikat boleh merujuk kepada Garis Panduan Pendaftaran MTIB yang dipaparkan di dalam laman web MTIB di alamat www.mtib.gov.my atau menghubungi Unit Pendaftaran, Ibu Pejabat MTIB di talian telefon 03-9282 2235 untuk keterangan lanjut.


Ketua Pengarah
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia
22 Februari 2013

Undian

Adakah anda bersetuju bahan buangan (tunggul pokok getah) boleh menghasilkan produk inovasi?



Keputusan

Statistik Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini7451
mod_vvisit_counterSemalam15356
mod_vvisit_counterMinggu ini102076
mod_vvisit_counterMinggu lepas120785
mod_vvisit_counterBulan ini258026
mod_vvisit_counterBulan lepas490758
mod_vvisit_counterKeseluruhan27768168