AccessibilityChange to default colorChange to green colorChange to blue color
  Others
Last Update: 15-04-2014 [cached @16:22]
Client's Charter and Performance In The News eResponse and FAQs

Majlis Perasmian Pusat Promosi Perabot Johor Bharu

E-mail Print
  
 

UCAPAN PERASMIAN
Y.B. DATO’ HAMZAH ZAINUDIN
TIMBALAN MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PUSAT PROMOSI PERABOT
JOHOR BHARU PADA 01 NOVEMBER 2010 (ISNIN) DI
JOHOR BHARU


Saudara Pengacara Majlis
Y.Bhg. Datuk Wilfred Madius Tangau
Pengerusi Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB)

Y. Brs. Dr. Jalaluddin Harun
Ketua Pengarah MTIB

Dif-dif kehormat

Pegawai-pegawai Kanan Kementerian dan agensi Kerajaan

Usahawan-usahawan Perabot

Y.Bhg. Datuk-datuk, Datin-datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian

Assalammualaikum warahmatullahi Wabarahkatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinannya dapat kita bersama-sama hadir di Majlis Perasmian Pusat Promosi Perabot Johor Bharu pada hari ini. Saya mengucapkan terima kasih kepada Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) selaku urusetia majlis kerana sudi menjemput saya untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Pusat Promosi Perabot ini.

Y.Bhg. Datuk-datuk, Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian,

2. Sektor perkayuan merupakan sektor yang penting dalam perkembangan ekonomi negara dan sektor ini telah menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih 350,000 orang. Eksport negara dalam bidang perkayuan juga telah meningkat dari tahun ke tahun. Bagi tahun 2009, eksport barangan keluaran kayu adalah bernilai RM19.5 billion dan bagi pasaran tempatan dianggarkan sebanyak RM8.0 billion. Sektor perabot merupakan penyumbang utama dengan nilai eksport sebanyak RM6.3 billion iaitu lebih kurang 32% daripada keseluruhan nilai eksport pada tahun 2009.

3. Penglibatan dan sumbangan eksport dari pengusaha-pengusaha perabot Bumiputera di dalam sektor perkayuan adalah bernilai RM 35 juta (0.4%). Saya merasakan angka ini agak kecil dan perlu adanya usaha-usaha yang bersepadu diantara pihak Kerajaan dan swasta bagi meningkatkan peranan dan penglibatan Bumiputera di dalam sektor kayu kayan terutamanya perabot. Setakat ini, sebanyak 253 syarikat Bumiputera terlibat di dalam sektor pembuatan perabot di seluruh negara, dimana kebanyakan pengeluaran adalah untuk pasaran tempatan dan hanya terdapat lebih kurang 25 syarikat Bumiputera yang aktif beroperasi untuk pasaran eksport.

4. Bagi pasaran tempatan, sebahagian besar adalah tertumpu kepada kontrak-kontrak berpusat kerajaan seperti kontrak perbekalan perabot bagi Kementerian Pelajaran, Kementerian Pertahanan, Kementerian Kesihatan, MARA dan sebagainya. Selain daripada kontrak berpusat Kerajaan, pengusaha-pengusaha Bumiputera juga membekalkan perabot secara kecil-kecilan berdasarkan kepada tempahan perseorangan. Walaubagaimanapun, persaingan yang sengit menyebabkan perabot-perabot keluaran pengusaha Bumiputera agak sukar untuk menembusi pasaran terbuka tempatan.

Y.Bhg. Datuk-datuk, Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian,

5. Dalam usaha meningkatkan sumbangan dan peranan Bumiputera di dalam sektor perabot, penekanan harus diberikan kepada program-program pembangunan produk yang menitikberatkan kepada peningkatan kualiti dan rekabentuk perabot yang dikeluarkan. Bagi mencapai usaha ini, syarikat-syarikat pengeluar perabot Bumiputera perlulah sanggup untuk mengeluarkan kos bagi menempatkan pereka-pereka (designers) yang berkebolehan dan mempunyai daya kreativiti di syarikat mereka untuk menghasilkan rekabentuk-rekabentuk perabot yang baru, cantik dan berkualiti serta mampu bersaing di pasaran terbuka tempatan dan eksport. MTIB melalui WISDEC dan institusi-institusi pengajian tinggi juga perlu mewujudkan dan melahirkan lebih ramai pereka-pereka (designers) perabot dikalangan Bumiputera.

6. Selain menjalankan program-program peningkatkan kualiti dan rekabentuk produk, pengusaha-pengusaha perabot juga perlu menjalankan program peningkatan kapasiti dan promosi pemasaran. Ini dapat dijalankan melalui pendedahan ilmu-ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan pengurusan kewangan, etika perniagaan dan pengurusan pemasaran. Promosi pemasaran juga dapat membantu meningkatkan penjualan di pasaran tempatan dan eksport. Selain itu, bantuan juga perlu diberi kepada pengusaha Bumiputera bagi membolehkan mereka terlibat di dalam ekspo, pameran serta karnival jualan serta menyertai pameran antarabangsa dan misi perdagangan dalam usaha menerokai pasaran baru yang berpotensi untuk perabot-perabot keluaran Bumiputera.

Y.Bhg. Datuk-datuk, Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian,

7. Kerajaan sentiasa berusaha mencari jalan dan peluang bagi mempertingkatkan pencapaian pengusaha kayu kayan Bumiputera. MTIB telah diberi kepercayaan bagi menyalurkan bantuan berupa geran kepada pengusaha Bumiputera melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua yang telah bermula pada bulan Mei 2009. Sebanyak RM10 juta telah diperuntukkan kepada MTIB bagi melaksanakan Program Sokongan Bahan Mentah untuk usahawan-usahawan kayu Bumiputera. Sehingga Ogos 2010 iaitu setelah program ini ditamatkan, terdapat seramai 251 pengusaha Bumiputera dalam industri kayu kayan yang telah menerima bantuan bahan mentah dan seterusnya dapat membantu memenuhi nilai kontrak jualan berjumlah RM157.8 juta.

8. Di samping itu, saya juga amat tertarik dengan usaha MTIB yang sedang melaksanakan program SME Competitiveness Rating For Enhancement (SCORE) dengan kerjasama SME Corp Malaysia (SME Corp). Ini adalah kerana program SCORE ini merupakan satu program yang dapat menilai tahap dan keupayaan sesebuah syarikat IKS, khususnya dalam sektor perkayuan. Penilaian SCORE ini juga dapat memberi status dan menilai prestasi sesebuah syarikat. Melalui penilaian ini, ianya dapat memudahkan usaha untuk mengenal pasti program-program penambahbaikan bagi meningkatkan lagi daya saing IKS, terutamanya pengusaha Bumiputera di dalam industri perkayuan. 
Y.Bhg. Datuk-datuk, Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian,

9. Perasmian pusat promosi perabot di Johor Bharu ini merupakan satu lagi program promosi pemasaran yang dilaksanakan oleh MTIB di bawah peruntukan Rancangan Malaysia ke-9 di mana pusat promosi ini bakal menjadi `hub’ bagi aktiviti promosi dan penjualan perabot pengusaha Bumiputera terutamanya yang beroperasi di sekitar Negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Selain bertujuan untuk mendapatkan jualan di pasaran tempatan, pusat promosi ini juga membuka peluang untuk menembusi pasaran eksport ke Singapura.

10. Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi kerana sudi menjemput saya untuk merasmikan pusat promosi perabot pada pagi ini dan di atas usaha serta dedikasi MTIB dalam menjayakan majlis ini. 


Sekian, terima kasih.

 

 

 

 

 

 

 


 

Polls

Do you agree that rubberwood stumps can produce innovative products?



Results

Visitor Statistics

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday3952
mod_vvisit_counterYesterday7721
mod_vvisit_counterThis week50807
mod_vvisit_counterLast week52908
mod_vvisit_counterThis month147913
mod_vvisit_counterLast month274418
mod_vvisit_counterAll days11159070