Taklimat Industri : Awareness on Anti-Dumping and Trade Defense/Remedy Instruments for the Malaysian Timber and Furniture Industry”.
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan menganjurkan ”Industry Briefing : Awareness on Anti-Dumping and Trade Defense/Remedy Instruments for the Malaysian Timber and Furniture Industry”. Taklimat ini bertujuan untuk memberi pemahaman serta melindungi dan mempertahankan kepentingan industri tempatan daripada halangan perdagangan seperti anti-lambakan dan langkah-langkah perlindungan dan perundangan yang perlu dipatuhi.
Sehubungan ini, tuan/puan adalah dijemput untuk menghadiri taklimat tersebut yang akan diadakan seperti butiran berikut :
Tarikh : 9hb April 2012 (Isnin)
Masa : 8:30 pagi – 12:00 tengahari
Tempat : Dewan Persidangan MTIB,
Tingkat 13, Menara PGRM,
Kuala Lumpur.
Sila maklumkan kehadiran tuan/puan seperti dilampiran kepada Puan Normazmin Che’ Ad atau Cik Erien Noor Md. Nasir melalui
faks: 03-92851477 atau e-mel Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya atau Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya pada atau sebelum 5hb April 2012.








