AccessibilityChange to default colorChange to green colorChange to blue color
  Others
Last Update: 23-05-2013 [cached @21:56]
Client's Charter and Performance In The News eResponse and FAQs

KUOTA EKSPORT KAYU GETAH BERGERGAJI (KGB) 2012

E-mail Print

Adalah dimaklumkan bahawa YB Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) telah meluluskan kuota eksport KGB tahun 2012 sebanyak 50,000 meterpadu untuk tahun 2012. Isipadu tersebut adalah mengambilkira kedudukan stok KGB nasional dan keperluan bekalan bahan mentah KGB  untuk industri perabot tempatan.

Sehubungan dengan itu, MPIC telah memperkemaskan mekanisma pengagihan kuota eksport KGB tahun 2012 dengan menetapkan syarat-syarat tambahan pelaksanaan agihan kuota seperti berikut:

1. Syarikat perlu mengisytiharkan jumlah stok KGB sebenar yang dimiliki;
2. Pemeriksaan fizikal stok KGB dilakukan sekiranya pengisytiharaan syarikat tersebut diragui;
3. Syarikat yang menggunakan sepenuhnya agihan kuota pada tahun sebelumnya layak mendapat kuota maksimum sebanyak 3,000 meterpadu;
4. Syarikat yang tidak aktif mengeksport pada tahun sebelumnya hanya akan diagihkan kuota sebanyak 300 meterpadu sahaja; dan
5. Kuota KGB diluluskan bagi tempoh 3 bulan sahaja. Pencapaian prestasi eksport syarikat yang tidak mencapai 30% akan menyebabkan kuota tersebut dilucutkan hak dan diagihkan kepada syarikat lain yang layak.

Manakala berikut adalah syarat-syarat utama yang masih digunapakai terhadap kelulusan kuota eksport KGB:

1. Syarikat-syarikat pengeluar dan pemprosesan yang berdaftar  dengan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia sebagai pengeksport (T/E) dan pembekal (T/S) yang sah;
2. Syarikat-syarikat yang memiliki lesen kilang yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan;
3. Syarikat-syarikat yang telah membuat pelaburan dalam aktiviti pemprosesan lanjut seperti kilang-kilang dan jentera, loji pengawetan kayu, loji pengeringan tanur dan lain-lain;
4. Hanya syarikat-syarikat tempatan sahaja yang layak dipertimbangkan;
5. Had maksimum kuota Kayu Getah Bergergaji yang boleh dieksport adalah sebanyak 3,000 m³ sahaja bagi sesebuah syarikat setahun;
6. Bagi permohonan syarikat-syarikat yang mempunyai pemegang-pemegang saham  yang sama, hanya satu kelulusan kuota eksport sahaja yang akan diperuntukkan;
7. Keutamaan diberikan kepada syarikat-syarikat yang membeli balak getah terus daripada pekebun kecil getah; dan
8. Keutamaan diberikan kepada syarikat-syarikat yang mempunyai prestasi eksport yang baik.

Nota: Syarat  1 hingga 5 merupakan syarat yang diputuskan oleh Mesyuarat Jemaah Kabinet pada Ogos 2008, manakala syarat 6 hingga 8 merupakan syarat tambahan (diputuskan oleh MPIC dan MTIB dari mesyuarat MJKKG.

Sebarang maklumat lanjut berhubung dengan permohonan kuota eksport KGB. Sila hubungi Pegawai Pelesenan MTIB iaitu Pn. Sunita Muhamad di talian 03-9282 2235 (sambungan 1215).

Polls

Do you satisfied with the quality of local wood products?



Results

Visitor Statistics

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday13718
mod_vvisit_counterYesterday12302
mod_vvisit_counterThis week81838
mod_vvisit_counterLast week70435
mod_vvisit_counterThis month278509
mod_vvisit_counterLast month278872
mod_vvisit_counterAll days8159169