AccessibilityChange to default colorChange to green colorChange to blue color
  Others
Last Update: 26-04-2017 [cached @12:32]
  Piagam Pelanggan dan Pencapaian Dalam Berita

Tenaga Kerja Industri Perkayuan dan Perabot

E-mail Cetak

Tenaga Kerja Industri Perkayuan dan Perabot

Pengenalan

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, merupakan agensi yang bertanggungjawab terhadap pembangunan industri perkayuan negara. Manakala, Dasar Perindustrian Kayu Negara (NATIP 2009-2020) telah dirangka sebagai garis panduan pembangunan dan kemajuan industri perkayuan dan perabot negara menjelang tahun 2020. MTIB menerusi salah satu daripada teras strategik NATIP ( Teras 5 : Pembangunan Sumber Manusia) telah mengambil kira aspek pembangunan sumber manusia sebagai salah satu elemen penting dan kritikal yang perlu diberi penekanan, supaya industri perkayuan dapat mempertingkatkan produktiviti, kecekapan, kualiti dan juga daya saing.

Sehubungan ini, MTIB kini menyediakan satu platform bagi menyuaipadan sumber tenaga kerja tempatan khususnya pekerja mahir (skilled worker) dengan para majikan/syarikat di sektor perkayuan dan perabot negara. Diharap dengan adanya platform ini, para majikan/syarikat berkenaan dapat menjadikan ia satu alternatif dalam memilih calon-calon graduan yang berpengetahuan dan berkemahiran mengenai industri perkayuan dan perabot untuk diambil bekerja.


GRADUAN LEPASAN WOOD INDUSTRY SKILLS DEVELOPMENT CENTRE (WISDEC)

Graduan Sijil Teknologi Kemas Siapan dan Pemprosesan Kayu (TPF)

• Tempoh program - 9 bulan ( 354 jam)
• Kaedah pembelajaran - 20 % teori dan 80 % Pratikal (hands-on)
• Fokus latihan - kemahiran, teknik dan penggunaan teknologi bagi kemasiapan dan pemprosesan kayu.
• Pelatih dilatih dengan bahan-bahan (raw material) dan mesin sebenar dan juga kaedah terbaik bagi menghasilkan output
  yang bermutu dibengkel / kilang.
• Pelatih juga membuat latihan praktikal dikilang.

KLIK DI SINI – UNTUK SENARAI GRADUAN TPF


Graduan Sijil Pembuatan dan Rekabentuk Perabot (FDM)

• Tempoh program - 2 bulan ( 270 jam )
• Kaedah pembelajaran - 30 % teori dan 70 % Praktikal (hands-on)
• Fokus latihan - pembuatan dan rekabentuk perabot
• Pelatih diajar/ dibiasakan (familiarised) bahan-bahan (raw material), mesin, rekabentuk, pembuatan perabot termasuk
  penggunaan perisian komputer dan  kemahiran perniagaan.

KLIK DI SINI – UNTUK SENARAI GRADUAN FDM


Graduan Sijil Pembangunan Pengurusan Profesional (PMD)

• Tempoh Program - 5 bulan
• Kaedah pembelajaran seimbang antara teori dan praktikal
• Difokuskan kepada eksekutif muda dan lepasan ijazah/diploma yang ingin menguruskan dan menjalankan
  perniagaan/industri berasaskan perkayuan dan perabot. 
• Didedahkan tentang kaedah-kaedah perniagaan dalam industri perkayuan.

     KLIK DI SINI – UNTUK SENARAI GRADUAN PMD

Undian

Adakah anda bersetuju bahan buangan (tunggul pokok getah) boleh menghasilkan produk inovasi?



Keputusan

Statistik Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini8103
mod_vvisit_counterSemalam17741
mod_vvisit_counterMinggu ini83529
mod_vvisit_counterMinggu lepas124577
mod_vvisit_counterBulan ini445969
mod_vvisit_counterBulan lepas430837
mod_vvisit_counterKeseluruhan23834508