MTIB akan menyertai pameran BITF 2011 di bawah pavilion Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi pada 10-13 November 2011di Kompleks Sukan Likas , Kota Kinabalu, Sabah
Pameran BITF dianjurkan oleh KCCI dengan tema “ Discover Sabah for Business Culture & Nature’ bertujuan untuk menarik pengunjung tempatan dan juga luar negara yang merangkumi pembekal, peruncit, agen jualan, agensi kerajaan, organisasi perdagangan, kedutaan, badan korporat, komuniti perniagaan dan juga pengguna.

Pelbagai aktiviti akan dijalankan sepanjang 4 hari pameran berlangsung bagi memberi kesedaran mengenai perniagaan dan turut menawarkan peluang-peluang perniagaan.
Penekanan BITF 2011 adalah sektor pengilang, pertanian, minyak dan gas, perladangan, pelancongan, perkhidmatan, kraftangan, produk berasaskan kayu, makanan, komunikasi, pendidikan, teknologi hijau dan produk pengguna.
JUMPA MTIB @ BORNEO INTERNATIONAL TRADE FAIR (BITF 2011)








