AccessibilityChange to default colorChange to green colorChange to blue color
  Others
Dikemaskini: 18-06-2013
Client's Charter and Performance In The News eResponse and FAQs

UCAPAN Y.B. TAN SRI BERNARD DOMPOK

E-mail Print

UCAPAN  Y.B. TAN SRI BERNARD DOMPOK
MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
SEMPENA MAJLIS PELANCARAN PROGRAM PEMBANGUNAN
MINI TAPAK SEMAIAN LADANG HUTAN GETAH 
KOTA KINABALU,  SABAH

ISNIN, 8 OGOS 2011


Yang Berbahagia Datuk Madius Tangau
Pengerusi
Forest Plantation Development Sdn. Bhd. (FPDSB)

Yang Berbahagia Dr. Jalaluddin Harun
Ketua Pengarah
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB)

Yang Berusaha En. Low Yew Eng
Setiausaha
Bahagian Kemajuan Industri Kayu Kayan, Tembakau dan Kenaf
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

En. Dariman Darham
Pengarah
Lembaga Getah Malaysia, Wilayah Sabah

En. Daukim Gilu
Pengerusi
Koperasi Pekebun Kecil Getah Kiulu Berhad

Dato’-Dato’, Tuan-Tuan dan Puan-Puan hadirin sekalian,


Selamat Pagi, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Saya mengucapkan terima kasih kepada Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Lembaga Getah Malaysia (LGM) dan Forest Plantation Development Sdn Bhd (FPDSB) selaku penganjur atas jemputan merasmikan Majlis Pelancaran Program Pembangunan Mini Tapak Semaian Ladang Hutan Getah di Kiulu pada pagi ini.

2. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada para hadirin atas kehadiran ke majlis ini. Saya merasa bangga berada di majlis ini kerana ia menunjukkkan komitmen Kerajaan dan juga para pengusaha ladang hutan bagi memajukan sektor perladangan hutan di negara ini. Program pagi ini merupakan aktiviti bersama di antara agensi-agensi di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi iaitu MTIB, LGM dan FPDSB. Selain itu, majlis pagi ini juga mencerminkan sumbangan Corporate Social Responbility (CSR) dari pengusaha-pengusaha ladang hutan di Sabah.
 
3. Program ini diadakan bagi menyokong program perladangan hutan getah, terutamanya dalam membekalkan sumber anak benih getah kepada pengusaha ladang hutan getah di Sabah khasnya. Program ini dilaksanakan oleh Koperasi Pekebun Kecil Getah Kiulu Berhad yang bertanggungjawab menguruskan pembangunan dan pemasaran hasil dari mini tapak semaian yang dibangunkan. Bagi menjamin kejayaan pelaksanaan projek ini, pembangunan tapak semaian ini akan dipantau oleh MTIB, LGM dan FPDSB dengan memastikan operasi tapak semaian dijalankan mengikut Good Agricultural Practices. Jika memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan oleh LGM, klon-klon getah yang dihasilkan di tapak semaian koperasi ini akan disijilkan oleh LGM.

4. Selain itu, di bawah inisiatif ini, pengusaha-pengusaha ladang hutan getah di negeri Sabah akan membekalkan sebahagian keperluan anak benih untuk penubuhan Ranting Tunas Hijau (RTH). Pengusaha-pengusaha ini akan membeli kembali anak pokok yang dihasilkan kelak untuk penanaman di ladang mereka. Langkah ini akan memberi kesan positif untuk pembangunan koperasi, masyarakat setempat dan pengusaha ladang hutan getah di Sabah.

5. Dalam hal ini, saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada 3 syarikat peminjam ladang hutan di Sabah iaitu True Sunray Sdn. Bhd., Bornion Timber  Sdn. Bhd. dan TSH Resources Berhad yang telah mengambil bahagian dalam inisiatif ini dengan menyumbangkan anak  benih untuk sumber ranting tunas hijau. Adalah menjadi harapan saya agar pada masa-masa akan datang, lebih banyak syarikat akan melibatkan diri dalam program ini demi menunjukkan penglibatan sektor swasta dalam menjayakan Program Pembangunan Ladang Hutan.
 
Tuan-Tuan dan Puan-Puan hadirin sekalian,

6 Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi telah diberi mandat untuk melaksanakan Program Pembangunan Ladang Hutan, iaitu dengan menyediakan pinjaman mudah untuk pembangunan ladang hutan. Melalui program ini, sejumlah 25,000 hektar ladang hutan disasarkan akan dibangunkan setiap tahun.

7. Perlaksanaan Program Pembangunan Ladang Hutan akan dapat meningkatkan permintaan anak benih. Selain itu,  permintaan anak benih juga dijangka akan meningkat dengan pembukaan kawasan ladang baru dan penanaman semula di kawasan sedia ada. Kementerian  saya mengenalpasti salah satu cabaran yang dihadapi oleh industri perladangan hutan adalah kekurangan bekalan anak benih. Berdasarkan kepada sasaran penubuhan 25,000 hektar ladang hutan setahun, maka bekalan anak benih yang diperlukan adalah lebih 17 juta setiap tahun termasuk 10% untuk aktiviti menyulam bagi pokok yang mati. Anak benih yang dihasilkan dari tapak semaian sedia ada di seluruh negara didapati tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan ini.

8. Pada masa sekarang, Kementerian saya telah meluluskan pinjaman kepada 5 buah syarikat bagi penubuhan tapak semaian di bawah Program Pembangunan Ladang Hutan termasuk satu syarikat di negeri Sabah. Program Pembangunan Mini Tapak Semaian Ladang Hutan Getah bersama Koperasi Pekebun Kecil Getah Kiulu Berhad juga dilihat sebagai salah satu alternatif untuk mendapatkan bekalan anak benih getah. Saya difahamkan, dengan perlaksanaan program ini, Koperasi Pekebun Kecil Getah Kiulu Berhad merupakan koperasi perintis dalam menjalankan program  ini. Oleh itu, tahniah kepada Koperasi Pekebun Kecil Getah Kiulu Berhad di atas kesediaan koperasi menyahut seruan kerajaan dalam meningkatkan bekalan anak benih getah berkualiti tinggi di negeri Sabah.   


Tuan-Tuan dan Puan-Puan hadirin sekalian,
9. Program Pembangunan Mini Tapak Semaian Ladang Hutan Getah ini mempunyai potensi untuk memberi pulangan yang baik kepada koperasi. Adalah dijangkakan, dalam tempoh kira-kira satu tahun setengah projek ini dilaksanakan, ianya  akan mula mengeluarkan mata tunas yang sesuai untuk dicantum dengan pokok penanti bagi menghasilkan anak benih getah. Koperasi perlu memastikan hasil anak benih ini adalah berkualiti dan mendapat persijilan klon bagi memudahkan penjualan anak pokok berkenaan.

10. Saya dimaklumkan sebagai permulaan, sebanyak 8,500 pokok sumber ranting tunas hijau dari klon RRIM 3001 dan RRIM 2025 akan ditanam oleh ahli-ahli koperasi. Sekiranya projek ini berjalan lancar, setiap pokok sumber ranting tunas hijau berupaya mengeluarkan 12 tunas hijau dalam tempoh 4 bulan. Ini bermakna sebanyak 102,000 tunas hijau akan dikeluarkan dalam tempoh berkenaan atau sebanyak 306,000 tunas hijau setahun. Jika secara puratanya, kira-kira 70% daripada mata tunas ini berjaya dicantumkan dengan pokok penanti bagi menghasilkan anak benih, berdasarkan harga RM3.50 setiap anak benih, adalah dianggarkan koperasi akan mendapat pendapatan sebanyak hampir RM750,000 setahun.


11. Memandangkan kepada potensi yang besar ini, adalah diharapkan agar  Koperasi Pekebun Kecil Getah Kiulu Berhad dapat menambahkan keluasan tapak semaian ini pada masa-masa akan datang. Saya juga mengharapkan agar lebih banyak koperasi di negeri Sabah ini dapat menjalankan projek yang sama bagi menjana pendapatan mereka.

12. Selain itu, mulai tahun ini Program Pembangunan Ladang Hutan yang dilaksanakan oleh Kementerian saya telah dibuka kepada 3 kategori yang meliputi Skim Pembangunan Ladang Hutan Bersaiz Besar untuk 2,500 hektar dan ke atas,  Skim Pembangunan Ladang Hutan Bersaiz Sederhana untuk 41 hingga 2,499 hektar dan Skim Pembangunan Ladang Hutan Bersaiz Kecil untuk 4 hingga 40 hektar. Bagi Skim Pembangunan Ladang Hutan Bersaiz Kecil, hanya spesies Getah dibenarkan. Skim pembangunan ladang hutan bersaiz kecil ini terbuka kepada syarikat-syarikat dan juga koperasi.

13. Kerajaan, melalui rolling plan pertama Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) telah menyediakan peruntukan sebanyak RM50 Juta bagi program ini. Oleh itu, saya ingin menyeru kepada pihak pengurusan Koperasi Pekebun Kecil Getah Kiulu Berhad agar mengambil kesempatan ini untuk memohon pinjaman penubuhan ladang hutan bersaiz kecil ini dan seterusnya menjadi koperasi pertama yang mendapatkan pinjaman untuk membangunkan ladang hutan getah bersaiz kecil di Malaysia.


Tuan-Tuan dan Puan-Puan hadirin sekalian,

14. Akhir kata, sekali lagi saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua hadirin kerana sudi hadir ke majlis ini. Adalah diharapkan agar projek ini dapat berjalan dengan lancar dengan melaksanakan Amalan Pertanian Baik dan seterusnya dapat  meningkatkan produktiviti, kecekapan dan pendapatan ahli-ahli koperasi sekelian.

Sekian, terima kasih.


Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Kota Kinabalu, Sabah

8 Ogos 2011

Polls

Do you satisfied with the quality of local wood products?



Results

Visitor Statistics

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday3078
mod_vvisit_counterYesterday8464
mod_vvisit_counterThis week36835
mod_vvisit_counterLast week69502
mod_vvisit_counterThis month166632
mod_vvisit_counterLast month362057
mod_vvisit_counterAll days8409349