PENGUMUMAN
Pengeluaran Lesen Eksport Melalui MTIB Core System (MCS)
Sila ambil maklum bahawa bermula pada 20 Ogos 2009, pengeluaran lesen eksport MTIB melalui MTIB Core System (MCS) tidak memerlukan tandatangan Pegawai Pelesenan MTIB. Pengeksport boleh mencetak lesen eksport yang telah diluluskan oleh Pejabat MTIB melalui MCS dari premis masing-masing. Seterusnya pengeksport boleh memohon pemeriksaan fizikal kepada Pejabat Cawangan atau Stesyen Pemeriksaan MTIB yang berdekatan sebelum dieksport. MTIB akan mengesahkan lesen eksport berkenaan untuk pengeksport membawanya kepada pihak Kastam bagi tujuan eksport.








