question | question | question | question

MTIB QUOTATION NO.:- MTIB/T/002/2019

Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MoF)  adalah  di bawah kod bidang yang dinyatakan yang masih berkuat kuasa dan dibenarkan membuat tawaran. Butir-butir tawaran adalah seperti berikut:-

No. Tender

Tajuk

Tarikh Pelawaan Tender

Tarikh Tutup Tender

Harga Dokumen

Kod Bidang

MTIB/T/002/2019

 

 TENDER BAGI MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI, MENTAULIAH DAN MENYELENGGARA (DALAM TEMPOH JAMINAN) MESIN KERJA KAYU DI BAWAH PROJEK PENINGKATAN KAPASITI PENGELUARAN DI KILANG KERJA KAYU SME BUMIPUTERA UNTUK LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA (MTIB)

01th Oktober 2019 (Selasa)

23 Oktober 2019
(Rabu)
(JAM 12.00 TENGAH HARI)

RM50.00

130101
  1. Dokumen Tender boleh dibeli pada waktu pejabat mulai 2 Oktober 2019 (Rabu) di Ibu Pejabat Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Tingkat 16, Menara PGRM, No. 8, Jalan Pudu Ulu Cheras, 56100 Kuala Lumpur dengan dikenakan bayaran seperti di atas dalam bentuk Bank Deraf/ Kiriman Wang/ Wang Pos di atas nama LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA. Bayaran ini tidak akan dikembalikan dan pembayaran secara tunai atau cek tidak akan diterima.
  2. Syarikat-syarikat yang berminat di dalam pelawaan tender ini perlu mengemukakan salinan Sijil Pendaftaran MoF yang masih sah tempohnya sekurang-kurangnya tiga (3) bulan dari tarikh tutup tender untuk semakan dan simpanan MTIB sebelum dibenarkan membeli Dokumen Tender tersebut. Naskhah Meja Tender akan dipamerkan di alamat seperti di atas pada waktu pejabat seperti yang dinyatakan.
  3. Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul surat No. Tender dan jenis perkhidmatan dan pembekalan berkaitan serta dimasukkan ke dalam Peti Tender beralamat:

 

              KETUA PENGARAH 

              LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA

              TINGKAT 16, MENARA PGRM, NO 8, JALAN PUDU ULU, CHERAS,

              56100 KUALA LUMPUR.

 

  1. Tarikh tutup tidak lewat dari jam 12.00 tengah hari pada 23 Oktober 2019 (Rabu). Pihak MTIB tidak terikat untuk menerima tawaran Tender yang terendah atau sebarang Tender.

 

Kemas kini pada: 1/10/2019