Objektif

  • Mengawal selia pemprosesan data peribadi seseorang individu oleh pengguna data agar ia digunakan dengan cara yang penuh berintegriti, selamat dan tidak disalahgunakan.

7 Prinsip Perlindungan Data Peribadi

Pertama - Prinsip Am di mana seseorang pengguna tidak dibenarkan memproses data peribadi seseorang lain tanpa kebenarannya. Pengertian proses di sini harus dimengertikan sebagai mengendalikan data melalui cara atau kaedah automatis atau pengkomputeran atau apa-apa proses lain

Kedua - mesti mematuhi Prinsip Notis dan Pilihan di mana makluman dan tujuan awalan dimaklumkan kepada subjek data berkenaan

Ketiga - ialah Prinsip Penzahiran tujuan data peribadi seseorang subjek itu demi mengenal pasti maksud yang baginya data peribadi itu hendak dizahirkan.

Keempat - Prinsip Keselamatan - apabila memproses data peribadi mana-mana subjek, mengambil langkah supaya data tersebut selamat, tidak diubahsuai, disalahguna atau diberikan kepada pihak-pihak yang tidak berkenaan.

Kelima - Prinsip Penyimpanan: sesuatu data peribadi itu tidak dibenarkan disimpan di dalam sesuatu pemprosesan lebih daripada had masa yang diperlukan

Keenam - Prinsip Integriti Data - setiap data peribadi dipastikan supaya tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini menepati maksud sesuatu data itu disimpan dan diproses.

Ketujuh - Prinsip Akses: seseorang hendaklah diberi hak akses kepada data peribadinya yang dipegang oleh seseorang pengguna data dan juga boleh membetulkan datanya itu supaya terkini.

Oleh yang demikian, rakyat Malaysia khususnya perlu menyedari hak-hak mereka mengikut prinsip-prinsip yang terdapat di dalam Akta ini.

Orang ramai boleh mengemukakan sebarang aduan yang berkaitan APDP 2010 (Seksyen 709) sekiranya merasakan sebuah organisasi atau seseorang telah melanggar salah satu daripada 7 Prinsip Perlindungan Data Peribadi.

Berikut adalah amalan yang disarankan kepada pengadu iaitu apabila Akta ini telah berkuatkuasa:- 

  1. Pengadu perlu membuat aduan dan memohon penjelasan kepada organisasi yang terlibat terlebih dahulu;
  2. Sekiranya pengadu masih tidak berpuas hati dengan jawapan dan tindakan yang diambil oleh organisasi berkenaan, maka, pengadu bolehlah terus membuat aduan kepada pihak JPDP melalui alamat aduan yang disertakan bagi membolehkan penyiasatan boleh dijalankan;
  3. Sekiranya pengadu masih terkilan dengan keputusan Pesuruhjaya berhubung perkara tersebut, maka, ia bolehlah merayu kepada Tribunal Rayuan dengan memfailkan suatu notis rayuan dengan Tribunal Rayuan.

Butir-butir yang perlu semasa membuat aduan

Anda hanya perlu menulis surat kepada atau e-mailkan kepada Jabatan Perlindungan Data Peribadi untuk menjelaskan kes anda. Di dalam surat atau e-mel anda, anda perlu menyatakan perkara-perkara berikut:- 

  1. Nama organisasi atau orang yang anda mengadu;
  2. Menerangkan sebab kebimbangan anda;
  3. Memberi butir-butir tindak balas yang mana anda telah terima daripada organisasi yang disyaki punca kebocoran maklumat;
  4. Menyediakan salinan apa-apa surat atau e-mel mengenai perbincangan anda dengan organisasi atau individu berkenaan.
Bil Dokumen  
1 Kertas Rundingan Awam : No.2/2012 Berkaitan "Cadangan Perincian Golongan Pengguna Data Dan Fi"
Di Bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) 
Muat Turun
Akta Perlindungan Data Peribadi 2010  Muat Turun

Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi terma dan syarat seperti di bawah.

1. Penggunaan data di bawah terma ini

Pemilik data memberi kebenaran penggunaan data tanpa sebarang caj.

2. Pengguna boleh melaksanakan perkara yang berikut:

(i) Salin, terbit, edar dan pindah data;

(ii) Adaptasi data;

(iii) Guna data secara komersial dan tidak komersial; dan

(iv) Gabung data dengan data lain atau rangkum data dalam produk atau aplikasi.

3. Sekiranya melaksanakan mana-mana daripada yang dinyatakan pada para 2, pengguna HENDAKLAH:

(i) Menyatakan sumber data dalam produk atau aplikasi berdasarkan pernyataan yang ditentukan oleh pemilik data;

(ii) Menyediakan pautan kepada Terma Penggunaan ini; dan

(iii) Sekiranya pemilik data tidak menyediakan pernyataan pemilik harta intelek data, pengguna hendaklah menggunakan pernyataan seperti yang berikut: "Data dan maklumat tertakluk di bawah Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan Malaysia 1.0"

4. PENGECUALIAN

Terma Penggunaan ini tidak memperuntukkan sebarang hak terhadap:

(i) Data peribadi;

(ii) Nama, jata, logo atau sebarang simbol rasmi pemilik data;

(iii) Logo organisasi sektor awam atau jabatan

(iv) Lambang diraja dan lambang tentera;

(v) Hak pihak ketiga yang mana pemilik data tiada kuasa terhadapnya;

(vi) Sebarang hak harta intelek termasuk paten, tanda dagangan dan hak reka bentuk; dan

(vii) Dokumen identiti seperti Pasport Malaysia, MyKad.

5. TIADA JAMINAN

(i) Data adalah dalam bentuk seperti yang disediakan oleh pemilik data. Pemilik data dikecualikan daripada sebarang representasi, waranti, obligasi dan liabiliti berhubung data; dan

(ii) Pemilik data tidak bertanggungjawab terhadap sebarang ralat dan kehilangan data. Pemilik data juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang jenis kehilangan, kecederaan atau kerosakan kesan daripada penggunaan data tersebut. Pemilik data tidak memberikan jaminan data disediakan secara berterusan.

6. UNDANG-UNDANG

Terma Penggunaan ini ditadbir oleh undang-undang di bawah bidang kuasa dan pemilik data ialah pemilik utama bagi data tersebut.

Capaian dataset boleh dibuat melalui http://data.gov.my/

Dasar e-Penyertaan ini bertujuan untuk memulakan budaya dan amalan e-penyertaan demi meningkatkan ketelusan dan penyertaan awam dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia.

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia sentiasa mengiktiraf penglibatan awam bagi membolehkan agensi untuk meneroka perspektif yang lebih luas, sumber maklumat, dan penyelesaian yang berpotensi untuk meningkatkan keputusan dan perkhidmatan. Ia juga menyediakan asas bagi hubungan produktif, dialog dan perbincangan yang lebih baik, dan tadbir urus yang teratur.

Objektif e-Penyertaan adalah untuk melibatkan rakyat dalam dasar pembangunan dan proses membuat keputusan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.

Oleh yang demikian, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia amat mengalu-alukan penyertaan dengan mematuhi terma dan syarat penyertaan yang telah ditetapkan seperti berikut:

Sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti sesama kaum, agama dan politik adalah dilarang sama sekali.

Dilarang menjatuhkan maruah, menyerang peribadi & mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan peserta yang lain.

Kawal kenyataan anda, elakkan dari mengeluarkan bahasa kesat dan kenegerian.

Tidak digalakkan bersembang atau menghantar ayat yang lari daripada topik utama.

Topik dan link ke laman web LUCAH adalah DILARANG sama sekali.

Pastikan kenyataan/topik anda tidak menyalahi peraturan ‘COPYRIGHT LAW’, ‘TRADEMARK’, ‘PATENT’ dan lain-lain.

DILARANG menggunakan ruangan e-Penyertaan ini sebagai tempat untuk menjalankan sebarang peraduan, skim piramid, skim cepat kaya, skim duit internet, surat berantai, e-mail sampah (junk e-mail) samada secara komersil atau sebaliknya.

Tidak dibenarkan memuat naik fail-fail yang mengandungi virus-virus komputer seperti virus “Trojan Horses”, “worms”, “time bombs”, “cancel boots atau apa-apa sahaja perisian atau program-program yang boleh merosakkan operasi sesebuah komputer pengguna yang lain.

Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan di dalam mana-mana keadaan tidak mengesahkan, menyokong, mewakili atau menjamin sebarang kebenaran, ketepatan atau kebolehpercayaan mana-mana kenyataan/topik yang di buat di dalam ruangan e-Penyertaan ini. Individu itu sendiri seharusnya faham bahawa sebarang risiko berhubung kebolehpercayaan sesuatu bahan di dalam ruangan ini adalah ditanggung oleh individu itu sendiri.

Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda dan memadam mana-mana kenyataan/topik pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kepada penulis kenyataan/topik berkenaan.

Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda Polisi dan Garis Panduan e-Penyertaan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang pengumuman/notis.

Sebagai peserta atau mengeluarkan kenyataan dalam ruangan e-Penyertaan ini, anda termaktub dengan terma dan syarat Garis Panduan e-Penyertaan.

 

Data terbuka ialah data yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi kerajaan dan swasta untuk pelbagai tujuan. Pelaksanaan data terbuka kerajaan dapat meningkatkan ketelusan penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan di samping meningkatkan produktiviti ekonomi digital negara melalui industri atau inovasi baharu dengan penglibatan rakyat dan komuniti perniagaan. Ia juga meletakkan Malaysia setaraf dengan negara lain dalam inisiatif kerajaan digital.

Bil Tajuk Dokumen
     

Baca Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan

Background Color: red maroon blue
Text Size:
A- A A+