question | question | question | question

MTIB QUOTATION NO.:- MTIB/T/004/2020

Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MoF)  adalah  di bawah kod bidang yang dinyatakan yang masih berkuat kuasa dan dibenarkan membuat tawaran. Butir-butir tawaran adalah seperti berikut:-

 

No. Tender

Tajuk

Tarikh Pelawaan Tender

Tarikh Tutup Tender

Harga Dokumen

Lokasi Pembekalan

Lokasi Taklimat

Kod Bidang

MTIB/T/004/2020

 

TENDER BAGI MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI, MENTAULIAH DAN MENYELENGGARA (DALAM TEMPOH JAMINAN) TIMBER VACUUM PRESSURE IMPREGNATION SYSTEM DAN TEFLON- COATED/POLISHED STAINLESS STEEL PLATE OR EQUIVALENT CUSTOMISED MULTI-OPENING HOT PRESS DI PLUS INTERVEST SDN. BHD. UNTUK LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA (MTIB)

02 OKTOBER 2020 (JUMAAT)

03 NOVEMBER 2020
(SELASA)
(Jam 12.00
Tengah Hari)

RM50.00

 

Lokasi:

KILANG PLUS INTERVEST SDN. BHD. P.T 1152, Batu 36, Jalan Kuala Pilah, 72200 BATU KIKIR, NEGERI SEMBILAN.

 

 

 Tarikh: 8 Oktober 2020 (Khamis)

Masa: Jam 10.30 Pagi

Tempat: Bilik Mesyuarat Kembang Semangkuk, Tingkat 17, Menara PGRM 1, No. 8, Jalan Pudu Ulu Cheras, 56100 KUALA LUMPUR.

130100 atau 130101 atau 130102

 

  1. Dokumen Tender boleh dibeli dengan harga 50.00 (Dokumen Tender dalam bentuk CD) pada waktu pejabat mulai 21 Julai 2020 (Selasa) di Ibu Pejabat Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Tingkat 16, Menara PGRM, No. 8, Jalan Pudu Ulu Cheras, 56100 Kuala Lumpur dengan dikenakan bayaran seperti di atas dalam bentuk Bank Draf/ Kiriman Wang/ Wang Pos di atas nama LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA. Bayaran ini tidak akan dikembalikan dan pembayaran secara tunai atau cek tidak akan diterima.
  2. Bagi memastikan maklumat berkaitan spesifikasi/ terma rujukan/ brif projek berkenaan adalah jelas dan membantu syarikat yang menyertai tender memahami kehendak yang diperlukan oleh MTIB. Satu taklimat tender berkaitan spesifikasi/ terma rujukan/ brif projek akan diadakan pada 8 Oktober 2020 (Khamis). Syarikat perlu memaklumkan kehadiran syarikat ke taklimat ini kepada pihak pengurusan Pusat Biokomposit dan Gentian (FIDEC) di talian 03-3149 1502/ 1509 atau e-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. sebelum tarikh taklimat tersebut diadakan. Kehadiran taklimat tender adalah tidak diwajibkan.
  3. Sekiranya syarikat ingin membuat lawatan tapak ke lokasi pembekalan, syarikat boleh menghubungi pihak pengurusan Pusat Biokomposit dan Gentian (FIDEC) pada waktu pejabat di talian 03-3149 1502/ 1509 atau e-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. sebelum atau selewat-lewatnya pada 8 Oktober 2020 (Khamis) untuk penetapan tarikh dan masa lawatan.
  4. Wakil syarikat yang menghadiri sesi taklimat tender hendaklah membawa surat perwakilan kuasa daripada Pengarah syarikat. Manakala bagi lawatan tapak, hanya dua (2) orang wakil syarikat sahaja dibenarkan hadir. Wakil syarikat tersebut MESTILAH penama dalam Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) dan mestilah mempunyai surat perwakilan kuasa sekiranya bukan penama. Pihak syarikat juga dikehendaki untuk mengemukakan sesalinan sijil pendaftaran MoF (tidak dikembalikan) semasa sesi pendaftaran lawatan tapak bagi tujuan pengesahan kehadiran. Wakil syarikat yang menghadiri lawatan tapak MESTILAH mematuhi segala Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan FIDEC serta pemakaian pelitup muka (facemask) adalah diwajibkan bagi mencegah penularan wabak COVID-19. Kegagalan syarikat dalam mematuhi SOP tersebut akan menyebabkan syarikat tidak dibenarkan untuk membuat lawatan tapak.
  5. Naskah Meja Tender akan dipamerkan di alamat seperti di atas pada waktu pejabat seperti yang dinyatakan.
  6. Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul surat No. Tender dan Jenis Perkhidmatan dan Pembekalan berkaitan serta dimasukkan ke dalam Peti Tender beralamat:

                           KETUA PENGARAH

                          LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA

                          TINGKAT 16, MENARA PGRM,8, JALAN PUDU ULU, CHERAS,

                          56100 KUALA LUMPUR.

Lampiran Iklan Tender 

Kemas kini pada: 02/10/2020