question | question | question | question

Semua Pengimport Papan Serpai

Semua Pengimport Papan Gentian

Semua Persatuan Kayu-kayan

Semua Agen Penghantar

 

YBhg. Dato’/Tuan/Puan,

 

KEPERLUAN UNTUK LESEN IMPORT BAGI PRODUK PAPAN SERPAI DAN PAPAN GENTIAN

 Selari dengan hasrat untuk mengawal selia industri produk panel negara, Kementerian Kewangan Malaysia telah bersetuju meluluskan agar semua pengimportan produk Papan Serpai (4410) dan Papan Gentian (4411) memperolehi lesen import dari MTIB sebagaimana yang dilaksanakan ke atas Papan Lapis (4412) dan akan mula berkuat kuasa pada 17 Oktober 2020.

 Sebagai persediaan dan selaras dengan keperluan seksyen 13, Akta Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan) 1973 [Akta 105], semua pengimport dikehendaki berdaftar sebagai Pengimport. Sila rujuk prosidur Pendaftaran, serta prosidur Permohonan Lesen Import MTIB dengan Pejabat MTIB yang berhampiran, atau menerusi laman URL http://www.mtib.gov.my   

 Untuk sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Encik Mohd Tarmin Ismail/Puan Nurul Faezah Abdullah(Unit Pendaftaran) di talian 03-9282 2235 sambungan 1230/1248, Encik Mazree Iman/Encik Mohd Razman Mohamad Azizuddin(Unit Pelesenan) sambungan 1289/1375 atau emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA

1 September 2020

 

Surat Makluman Ketua Pengarah MTIB