question | question | question | question

MTIB QUOTATION NO.:- MTIB/T/003/2020

Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MoF)  adalah  di bawah kod bidang yang dinyatakan yang masih berkuat kuasa dan dibenarkan membuat tawaran. Butir-butir tawaran adalah seperti berikut:-

 

No. Tender

Tajuk

Tarikh Pelawaan Tender

Tarikh Tutup Tender

Harga Dokumen

Lokasi Pembekalan

Kod Bidang

MTIB/T/003/2020

 

TENDER BAGI MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI, MENTAULIAH DAN MENYELENGGARA (DALAM TEMPOH JAMINAN) TIMBER VACUUM PRESSURE IMPREGNATION SYSTEM DAN TEFLON-COATED/POLISHED STAINLESS STEEL PLATE OR EQUIVALENT MULTI-OPENING HOT PRESS DI PLUS INTERVEST SDN. BHD. UNTUK LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA (MTIB)

21 JULAI 2020 (SELASA)

18 OGOS 2020
(SELASA)
(Jam 12.00
Tengah Hari)

RM50.00

 

Lokasi:

KILANG PLUS INTERVEST SDN. BHD. P.T 1152, Batu 36, Jalan Kuala Pilah, 72200 BATU KIKIR, NEGERI SEMBILAN.

 

 

130100 ATAU 130101 ATAU 130102

 

  1. Dokumen Tender boleh dibeli dengan harga 50.00 (Dokumen Tender dalam bentuk CD) pada waktu pejabat mulai 21 Julai 2020 (Selasa) di Ibu Pejabat Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Tingkat 16, Menara PGRM, No. 8, Jalan Pudu Ulu Cheras, 56100 Kuala Lumpur dengan dikenakan bayaran seperti di atas dalam bentuk Bank Draf/ Kiriman Wang/ Wang Pos di atas nama LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA. Bayaran ini tidak akan dikembalikan dan pembayaran secara tunai atau cek tidak akan diterima.
  2. Syarikat dikehendaki untuk mengemukakan satu (1) salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Dengan Kementerian Kewangan (tidak akan dikembalikan) semasa pembelian dokumen tender untuk pengesahan sah laku pendaftaran syarikat.
  3. Sekiranya syarikat ingin membuat lawatan tapak ke lokasi pembekalan, syarikat boleh berbuat demikian dengan menghubungi pihak pengurusan Pusat Biokomposit dan Gentian (FIDEC) di talian 03-3149 1502/ 1509 atau e-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. untuk penetepatan tarikh dan masa lawatan. Hanya dua (2) orang wakil syarikat sahaja dibenarkan untuk menghadiri lawatan tapak tersebut. Wakil syarikat yang menghadiri lawatan tapak mestilah mematuhi segala Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan FIDEC bagi mencegah penularan COVID-19. Kegagalan syarikat dalam mematuhi SOP tersebut akan menyebabkan syarikat tidak dibenarkan untuk membuat lawatan tapak.
  4. Naskhah Meja Tender akan dipamerkan di alamat seperti di atas pada waktu pejabat seperti yang dinyatakan.
  5. Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul surat No. Tender dan Jenis Perkhidmatan dan Pembekalan berkaitan serta dimasukkan ke dalam Peti Tender beralamat:

                           KETUA PENGARAH

                          LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA

                          TINGKAT 16, MENARA PGRM,8, JALAN PUDU ULU, CHERAS,

                          56100 KUALA LUMPUR.

  1. Tarikh tutup tender tidak lewat dari jam 1200 tengah hari pada 18 Ogos 2020 (Selasa).
  2. Iklan tender ini juga boleh dirujuk di Portal Korporat MTIB di mtib.gov.my.
  3. MTIB tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran tender terendah atau mana-mana tawaran tender atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran tender.

Lampiran Iklan Tender 

Kemas kini pada: 21/7/2020