question | question | question | question

Lanjutan dari kenyataan media oleh YAB Perdana Menteri dan disusuli oleh YB Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC), semua sektor perkayuan dibenarkan beroperasi sepenuhnya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Sehubungan itu, MTIB tidak lagi mengeluarkan surat kebenaran operasi bagi sektor perkayuan.

MTIB memohon supaya kilang-kilang sektor perkayuan yang dibenarkan beroperasi ini juga WAJIB mematuhi syarat-syarat Prosidur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

 

Terima Kasih dan harap maklum.

 

KETUA PENGARAH MTIB

4 MEI 2020

 

SOALAN LAZIM (FAQ) -