question | question | question | question

Operasi Pejabat Kerajaan Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

Lanjutan Pengumuman oleh YAB Perdana Menteri Malaysia berkenaan kebenaran pengoperasian Pejabat Kerajaan mulai 4 Mei 2020, JPA telah mengeluarkan syarat-syarat dan garis panduan bagi pengoperasian pejabat-pejabat Kerajaan mulai tarikh berkenaan. 

Bersama ini disertakan surat edaran JPA.SARAAN (S) 256/6/31 JLD.6 (6) bertarikh 2 Mei 2020 - Operasi Pejabat Kerajaan Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat untuk makluman bersama. Surat edaran boleh dimuat turun melalui pautan Surat Edaran JPA Saraan