question | question | question | question

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato’ / Dr. / tuan / puan, MTIB kini sedang dalam proses untuk penyemakan peraturan MGR Edisi 2009 dan bercadang untuk menerbitkan MGR edisi 2020 sekiranya ada keperluan berdasarkan kepada keadaan industri semasa. Peraturan ini telah digunakan sebagai rujukan dalam aspek pemeringkatan bagi pengeksportan kayu keras gergaji oleh industri berasaskan kayu bukan sahaja di peringkat tempatan malahan sehingga ke peringkat antarabangsa.  

Lanjutan daripada itu, MTIB ingin mendapatkan maklumbalas cadangan penambahbaikan MGR 2009 YBhg. Datuk/ Dato’ / Dr. / tuan / puan  sepertimana borang pada Lampiran berserta contoh dan mengembalikan cadangan penambahbaikan tersebut kepada MTIB selewat-lewatnya sebelum 5 Februari 2020.

Sebarang pertanyaan YBhg. Datuk/ Dato'/ tuan/ puan boleh menghubungi pegawai seperti berikut :-

          1. Puan Hajjah Mahsuri Mat Dris - This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  (No. Tel: 03-92822235, Ext: 1290, Faks: 03-92826214)  

          2. Encik Abd Rafa Tan -  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. / (No. Tel. 03-92822235, Ext: 1295, Faks: 03-92826214)

          3. Encik Mohd Fariz Ahmad -  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. /  ( No. Tel. 03-92822235, Ext: 1210, Faks: 03-92826214) 

Kerjasama dan perhatian daripada YBhg. Datuk/ Dato’/ Dr. / tuan / puan amatlah MTIB hargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Lampiran MGR (Borang Maklumbalas)